10 individu kecoh di Parlimen diminta serah diri jam 2 petang, kata KPN

10 individu kecoh di Parlimen diminta serah diri jam 2 petang, kata KPN

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sepuluh individu yang dikaitkan dengan kekecohan di perkarangan bangunan Parlimen semalam diberi tempoh sehingga 2 petang ini untuk menyerah diri.

AhliParlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilaporkan cuba diserang sekumpulan individu dalam kejadian itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden seumpama itu tidak boleh dipandang ringan dan dibenarkan berlaku.

“Saya bagi peluang kepada mereka yang terlibat untuk serah diri sehingga 2 petang ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan ada anggota Parlimen yang sengaja membenarkan perkara itu berlaku, Khalid berkata polis masih menyiasat kejadian itu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah mengenal pasti 10 individu yang disyaki terlibat dalam kekecohan itu dan meminta mereka tampil bagi membantu siasatan.

Selain Firdaus Tajuddin, 34, sembilan lagi yang diminta menyerah diri, termasuk: Mohd Rizal Shafie, 37,Ariffin Mohamed Ali, 32,Hasnah Md Razali; 48,Erwan Halmi36;Sapiah Aini Sulaiman 48;Norfirdaus Ahmad Zanian, 30;Azmir Ahmad, 41;Mohd Saffek Mohd Saleh, 28;Mohd Faizal Saidina Omar, 34

TAGS