12,433 akaun pengguna di Raub alami gangguan bekalan air mulai Rabu dan Khamis

12,433 akaun pengguna di Raub alami gangguan bekalan air mulai Rabu dan Khamis

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sebanyak 12,433 akaun pengguna di daerah Raub akan mengalami gangguan bekalan air di premis masing-masing pada 28 dan 29 Dis ini.

Menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan hari ini, gangguan bekalan itu kerana kerja pembersihan di Loji Rawatan Air Sungai Bilut dan Loji Rawatan Air Sungai Semantan.

Sebanyak 5,033 akaun pengguna adalah dari Taman Lee Man, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Jalan Tan Tiong, Bukit Do, sekitar bandar Raub, Tanjung Gadong, Taman Bukit Koman, Sempalit.

Taman Emas, Taman Sri Raub, Taman Sempalit Baru, Taman Amalina, Taman Kenanga, Taman Kurnia Jaya dan sepanjang Jalan Lipis sehingga Gali Estet.

Gangguan bekalan air di kawasan itu akan bermula dari 8 pagi hingga 11 malam pada Rabu untuk melaksanakan kerja pencucian tangki mendapan di Loji Rawatan Air Sungai Bilut.

Sementara 7,400 akaun pengguna lagi akan mengalami gangguan pada Khamis bermula dari 8 pagi hingga 11.30 malam bagi pelaksanaan kerja pembersihan membuang pasir di Loji Rawatan Air Sungai Semantan.

Kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air iaitu di sepanjang Jalan Cheroh ke Kampung Batu Talam, seluruh Cheroh, Pusat Serenti, Kampung Ria, Kampung Semantan, Kampung Kundang Patah, Taman Amalina Perdana dan Taman Mutiara.

Selain itu, kawasan lain yang turut terjejas seperti Kampung Sempam, Kampung Sungai Lui, Taman Medan Indah, Taman Shahbandar, Taman Abu Bakar, Taman Bahagia, Taman Muhibbah, Hospital Daerah Raub, Kuarters Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin, Taman Sentosa, Taman Amalina Lestari, Taman Kemajuan dan Kampung Simpang Kallang.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PAIP di talian (PULAPEL) 09-5739999.

TAGS