16 kes pencemaran sungai di Selangor sejak Januari

16 kes pencemaran sungai di Selangor sejak Januari

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini diberitahu 16 kes pencemaran sungai berlaku di negeri itu bagi tempoh Januari hingga awal November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dann Hal Ehwal Pengguna negeri Elizabeth Wong berkata dari Januari hingga Februari tahun ini, tujuh kes pencemaran dikesan berlaku di Hulu Langat termasuk dua berpunca daripada pencemaran bau yang datang dari muka sauk Sungai Semantan, Pahang.

“Empat lagi kes berpunca daripada kenaikan ammonia disebabkan pelepasan dari sistem kumbahan Lembangan Langat dan satu kes berpunca daripada kenaikan mangan,” katanya menjawab soalan Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) berkaitan gangguan air akibat pencemaran sungai.

Wong berkata bagi September hingga Oktober tahun ini, lapan kes pencemaran dikesan berlaku di Hulu Langat termasuk empat berpunca dari satu tapak premis haram di Kampung Sungai Lalang, Semenyih.

Katanya, kes pencemaran terbaru dikesan berlaku di daerah Sepang berikutan tumpahan minyak sawit daripada lori pada bulan ini.

TAGS