1MDB: Khalid nafi mohon bantuan perundangan bersama dengan AS

1MDB: Khalid nafi mohon bantuan perundangan bersama dengan AS

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Bantuan Perundangan Bersama (MLA) Amerika Syarikat untuk menemubual saksi-saksi di luar negara berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid menegaskan bahawa beberapa laporan yang disiarkan oleh media hari ini adalah tidak tepat.

“Ini tidak benar dan saya tidak pernah menyatakan seperti itu…semalam saya hanya menjelaskan proses jika siasatan hendak dijalankan di luar Malaysia.

“Sekiranya kita memohon untuk mengambil keterangan daripada saksi di luar negara, PDRM akan mengikuti protokal antarabangsa yang diperlukan dan memohon MLA di bawah bimbingan Jabatan Peguam Negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata PDRM berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai berhubung siasatan ke atas 1MDB dan berharap siasatan akan selesai dengan secepat mungkin.

Ketika siasatan berjalan, semua pihak harus mengelak daripada menyiarkan apa-apa laporan yang boleh menimbulkan prejudis, kata beliau.

“Kegagaglan berbuat demikian akan menyebabkan PDRM mengambil tindakan selaras dengan undang-undang,” kata beliau.

Khalid berkata fasa pertama siasatan ke atas 1MDB oleh PDRM telah selesai iaitu berdasarkan laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan dibincangkan.

“Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan dan memohon siasatan selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh PDRM,” kata beliau.

TAGS