1MDB: Polis masih cari saksi bantu siasatan

1MDB: Polis masih cari saksi bantu siasatan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis masih mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan berkaitan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami memerlukan masa untuk mengesan saksi-saksi…ada yang orang tempatan dan ada yang tiada di sini…beberapa saksi boleh diambil keterangan dan ada yang tidak…maka (mencari mereka) mengambil masa.

“Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara tetapi dikembalikan semula supaya kami diperlukan untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Pintar Samsung di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh kerana siasatan masih berjalan, katanya, semua pihak perlu mengelak daripada membuat sebarang laporan yang boleh memudaratkan.

Beliau berkata pihak polis telah melengkapkan fasa pertama siasatan berdasarkan laporan komprehensif Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

TAGS