20,000 rumah mampu milik generasi baharu Felda akan dibina

20,000 rumah mampu milik generasi baharu Felda akan dibina

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) menyasarkan untuk membina 20,000 rumah untuk generasi Felda dalam tempoh dua tahun.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) menyasarkan untuk membina 20,000 rumah untuk generasi Felda dalam tempoh dua tahun.

Katanya Felda dan SPNB sedang memperincikan pendekatan untuk membina rumah pada harga tersebut berbanding rumah mampu milik Felda RM90,000 seunit yang ditawarkan sekarang.

“Sebelum ini, rumah teres ditawarkan pada harga RM90,000 seunit dan harga ini disifatkan oleh generasi baharu Felda sebagai masih mahal dan tidak menepati permintaan mereka,” katanya.

Shahrir berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Felda dengan SPNB bagi pelaksanaan projek itu,hari ini.

Beliau berkata Felda sedang mengkaji untuk menanggung kos penyediaan prasarana asas seperti jalan dan perparitan di samping penyediaan tapak rumah manakala SPNB hanya membina rumah sahaja.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang akan diberi keutamaan, namun kajian lebih terperinci akan dibuat terutama mengenai kesesuaian tapak-tapak untuk pembinaan rumah tersebut,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media sama Pengerusi SPNB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata setiap unit rumah tersebut diberi subsidi sebanyak RM20,000 oleh syarikat itu bagi memastikan harga ditawarkan rendah.

Katanya selain daripada subsidi itu, pihaknya juga sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengurangkan faedah pinjaman kepada pembeli yang dianggarkan berjumlah RM11,000 bagi setiap unit rumah.

“Jadi setiap unit rumah tersebut akan menerima subsidi sebanyak RM31,000,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Memorandum persefahaman itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Besar Felda Ab Ghani Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali.

TAGS