2017: Tambah baik institusi penting negara agenda utama Amanah

2017: Tambah baik institusi penting negara agenda utama Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) menjadikan usaha ke arah melakukan perubahan besar-besaran secara berperingkat terhadap beberapa institusi penting negara sebagai agenda utama pada tahun 2017.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Parti Amanah Negara (Amanah) menjadikan usaha ke arah melakukan perubahan besar-besaran secara berperingkat terhadap beberapa institusi penting negara sebagai agenda utama pada tahun 2017.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, ia termasuk mengehadkan tempoh dua penggal bagi jawatan Perdana Menteri, penstrukturan semula institusi parlimen dan peranannya serta mewujudkan badan yang berintergriti bagi menyaring pelantikan beberapa jawatan utama dalam sistem pentadbiran negara.

Jawatan utama yang dimaksudkan adalah seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara dan sebagainya.

“Siapa pun Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14 tidak akan menjadi penghalang kepada agenda perubahan yang diimpikan tersebut.

“Perubahan besar institusi ini wajib dilakukan bagi memastikan sistem bernegara baru yang mampu mengawal segala salah laku, penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran kuasa berulang kembali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, agenda perubahan ini akan diusahakan secara terbaik dengan pengembelingan tenaga dan pemikiran bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Selain itu beliau juga akan meneruskan agenda “engagement” dengan tokoh-tokoh negarawan, badan-badan bukan kerajaan, bekas-bekas penjawat awam, teknokrat-teknokrat dan sesiapa saja yang sudi bersama menyumbang kepada agenda perubahan.

“Agenda perubahan ini untuk menatijahkan sistem tadbir urus negara yang mapan dan lestari serta jitu bagi memacu negara menjadi sebuah negara yang berdaya maju, dihormati dan bermanfaat untuk seluruh warga tanahair dan dunia keseluruhannya,” katanya.

TAGS