40 rakyat Malaysia berhimpun di Canberra

40 rakyat Malaysia berhimpun di Canberra

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dianggar seramai 40 rakyat Malaysia yang menetap di Canberra, Australia hari ini sudah mula berhimpun untuk bersama menyokong lima tuntutan Bersih.

Desakan untuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai “MO1” telah berkumpul di Canberra Nara Park bukan sahaja menarik rakyat Malaysia tetapi juga pelajar universiti yang berada di bandar tersebut yang masih dalam cuti semester mereka untuk turut menyokong Bersih 5.

Himpunan hari ini adala kali ke empat disertai rakyat Malyasia di Canberra yang mengambil bahagian dalam rally Global Bersih yang sebelumnya Bersih 2,3 dan 4 berlansung secara aman di Canberra.

Himpunan Bersih5 di Shanghai, China turut berlangsung dengan kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertainya dalam keadaan cuaca berjerebu.

Selain Shanghai, Bersih5 juga dijadual berjalan di 64 lagi bandar di seluruh dunia.

Aktivis Bersih Hishamudin Rais menyatakan ketika ceramahnya di Bandar  Baru Sentul pada Rabu menyeru Bersih Global  turut bersama pada Sabtu ini untuk mengadakan demontrasi di luar negara.

“Tokyo, Osaka, Beijing, Shanghai,London, Bombay, Glassgow, Edinburgh, Brussel, Washington DC, San Francisco… kita Bersih Global sedang merancang seluruh dunia pada Sabtu ini akan kelihatan kuning. Ini kekuatan kita, ini kekuatan Bersih Global.

“Anak-anak dan kawan-kawan tanyakan pada mereka minta pakai baju kuning, bukan susah bukan payah duduk di luar negara…makin ramai rakyat Malaysia akan keluar di sana,” ujarnya.

 

 

TAGS