47 tahanan Orang Asli dibebaskan tanpa syarat

47 tahanan Orang Asli dibebaskan tanpa syarat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kesemua 47 Orang Asli yang ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Selasa lalu di Pos Petei dibebaskan jam 2.47 petang tadi.

Anggota pasukan peguam Amanah (Kanun), Mohd Riduan Muhammad berkata kesemua mereka menandatangi surat pembebasan tanpa syarat disaksikan oleh majistret di ibu pejabat polis daerah Gua Musang.

Orang ramai terdiri daripada sanak saudara tahanan, aktivis keadilan sosial dan peguam yang berhimpun di situ sejak semalam bertakbir beberapa kali sebaik kesemua tahanan selesai menandatangi dokumen pembebasan berkenaan.

Sementara itu Orang Asli yang ditangkap di Pos Pasik pagi tadi turut didbebaskan sebaik tiba di IPD Gua Musang.

Majistret yang hadir di IPD Gua Musang menunggu mereka tiba selepas dua jam perjalanan daripada Meranto ke Gua Musang.

Difahamkan, pihak Jabatan Perhutanan Negeri tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap semua orang asli yang telah dibebaskan itu.

 

TAGS