5 anak Syria terkorban kesejukan, Yayasan Darul Hijrah terus rayu sumbangan

5 anak Syria terkorban kesejukan, Yayasan Darul Hijrah terus rayu sumbangan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Yayasan Darul Hijrah (YDH) menyasarkan 250 buah khemah untuk disumbangkan kepada rakyat Syria yang sedang berhadapan musim sejuk.

Menurut Pengerusi Kehormat YDH Datuk Husam Musa, setakat ini kutipan telah mencecah RM35,000 dan pihaknya akan segera mengirim wang itu ke Syria untuk membeli khemah-khemah dan peralatan musim sejuk.

“Saya menulis rayuan ini berikutan berita kematian lima kanak-kanak Aleppo dan dua wanita di Kem Idlib kerana suhu sejuk tanpa perlindungan.

“Mereka telah meninggal kerana kecuaian masyarakat dunia menghulurkan bantuan segera,” tulisnya di facebook.

YDH bekerjasama dengan Omari Society For Orphan (www.omariorphan.com) yang beribu pejabat di Gaziosmanpaşa, İstanbul, Turki.

Tiga warga Syria petugas sukarelawan YDH kini berada di lapangan iaitu Saudara Imad, Husam dan Mohanad.

Pertubuhan ini menjaga anak-anak yatim yang baharu tiba dari Syria dan menguruskan kebajikan pelarian.

“Selain terima kasih, kami merayu sumbangan tambahan dari Rakyat Malaysia yang prihatin.

“Mereka bertarung dengan cuaca dan peluru demi survival hidup.

“Rakyat Malaysia pelbagai kaum kaya dengan perasaan belas kasihan dan perikemanusian. Kaum Muslimin pula mempunyai kewajipan persaudaraan Islam,” katanya.

Sumbangan boleh di salur ke akaun:
Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).

Setiap sumbangan boleh dimaklumkan melalui whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit.

TAGS