59% sokong PH, BN 29%  di Selangor jika PRU diadakan sekarang

59% sokong PH, BN 29% di Selangor jika PRU diadakan sekarang

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan  (IDE) mendapati 59 peratus  pengundi di Selangor akan menyokong Pakatan Harapan  dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang jika berlaku sekarang.

Hanya 29 peratus  sahaja menyokong Barisan Nasional (BN) dalam kajian yang dibuat oleh IDE itu, kata Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Redzuan Othman.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bertajuk ‘Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, Survei IDE’  di Shah Alam hari ini.

Analisis jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Selangor menurut IDE, badan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali.Bagaimanapun, kata Redzuan, kajian IDE juga menunjukkan, BN akan menang di Selangor jika pertandingan tiga penjuru berlaku di negeri itu.

“BN akan menang samada sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya ataupun selepas persempadanan semula,” kata Redzuan kepada Malasia Dateline ketika ditemui selepas perbentangan itu.

Ini kerana, kata bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Pas dan Umno masing-masing mempunyai pengundi tegar yang tidak akan  berganjak.

Oleh itu, apa yang diperlukan untuk mempastikan BN boleh dikalahkan adalah dengan memastikan pertandingan dua penjuru antara BN dengan parti pembangkang berlaku.

“Jika Pas menyertai pilihan raya akan datang dengan tiga penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan, hampir kesemua kerusi Pas akan kalah di Selangor,” katanya.

Beliau maramalkan, Pas akan kembali ke zaman pilihan raya 2004 tolak penyokong Amanah jika masuk dengan tiga penjuru.

 

 

TAGS