Abdul Hadi kecam Trump, mahu semua NGO, mahasiswa sertai solidariti Baitulmaqdis esok

Abdul Hadi kecam Trump, mahu semua NGO, mahasiswa sertai solidariti Baitulmaqdis esok

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang disifatkan mencabar kesabaran umat Islam dan mencemarkan kesucian bumi Al-Quds.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mendesak kerajaan menyatakan bantahan terhadap Trump dan parti itu mahu mengajak semua umat Islam tanpa mengira kaum, mazhab dan fahaman politik untuk bersatu dengan menyertai solidariti Baitulmaqdis yang diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat esok (Jumaat).

“Melalui kerajaan Malaysia, Pas mengharapkan Perdana Menteri menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih dan memanggil segera Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan rakyat Malaysia.

“Baitulmaqdis adalah titik kesatuan umat Islam berpaksikan syariat Islam yang adil.

“Pas telah¬† mengarahkan semua ahli untuk hadir himpunan aman membebaskan Baitulmaqdis di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur dan di setiap negeri masing-masing pada 8 Disember 2017, serta menjemput NGO dan mahasiswa untuk turut hadir bersama,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, keberanian Trump itu disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis mencampuri urusan negara-negara Arab khususnya kejayaannya mengikat Arab Saudi sebagai rakan karibnya, melalui strategi mengapi-apikan semangat perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Asia Barat.

“Situasi ini telah membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama sendiri sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitulmaqdis.

“Sejarah tamadun dunia telah membenarkan hanya Islam sahaja yang berjaya mewujudkan keadilan kepada masyarakat majmuk dengan membenarkan penganut Kristian dan Yahudi untuk beribadat dengan bebas dan aman. Tiada harapan keamanan daripada Amerika dan Zionis yang bergelar ketua pengganas dunia dan pembunuh utama nyawa umat Islam,” terangnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS