Calonkan awal MB tu untuk yakinkan pengundi

Calonkan awal MB tu untuk yakinkan pengundi

Sinar Harian lapor Presiden parti suci kata nak tadbir Selangor dengan model pentadbiran dan kepimpinan Islam jika berjaya perintah Selangor.

Dia juga kata hanya akan umum calon MB Selangor lepas PRU sebab tak mahu buat andaian kerana jika namakan calon MB awal, lepas tu kalah macam mana?

Saya tak pasti sama ada beliau sedar atau tidak dengan kata kononnya parti suci akan tadbir ikut model Islam jika perintah Selangor mengundang satu persepsi seolah -olah Kerajaan Selangor yang bermenterikan YAB MB daripada PKR dan exco-exco daripada parti dia sendiri dan DAP tak ikut model Islam?

Kalau gitu, apa yang para exco parti dia buat sekarang? Kalau Kerajaan Selangor sekarang tak ikut model Islam..blah dan cabutlah daripada kerajaan tu. Awat yang masih bertenggek lagi kat situ?

Kenyataan tu juga boleh membawa konotasi model Islam mesti ada label Islam dulu, baru boleh dikata model pentadbiran Islam. Seolah-olah dasar Kerajaan Selangor sekarang yang banyak skim bantu rakyat tidak ikut model Islam..alahai naifnya.

Ikut model Islam sangatlah masa dia terajui sebagai MB Trengganu dulu hingga rakyat begitu terpesona dan terlupa nak bagi mandat sekali lagi. Begitu juga di Kedah.

Tak mahu bemain dengan andaian. Bagus tu. Cuma kena konsisten lah. Habis yang pemimpin dia gila-gila mengandai jika Tun M jadi PM akan lebih teruk lagi awat tak bersuara? Itu bukan andaian juga ke?

Macam mana jika namakan calon MB lps tu kalah…betul juga. Tapi takkan parti politik bengap sangat lepas calon tu kalah masih nak lantik jadi MB. Mestilah ada plan B.

Calonkan awal dulu MB tu sudah tentu based pada premis jika dia menang. Calonkan awal MB tu bagi raih keyakinan para pengundi ya Maulana..it is 101 dalam politik Maulana..ada faham kah?

——————-

Adakah untuk depa halal, untuk AMANAH pula tak halal?

Ada signboard di luar Wisma Tok Guru di Salor ditulis ayat ini “Dilarang masuk tanpa kebenaran tuan tanah kecuali Husam bin Musa (dengan no IC sekali ).”

Malam tu, ketika ceramah di situ, saya kata tak pe lah hanya benarkan YB Husam je tapi dia tak kata dalam signboard tu yang YB Husam tak boleh bawa tetamu dia masuk.

YB Husam adalah Adun dan pemimpin AMANAH dan di tanah tu ada pejabat Adun dia..tak masuk akallah hanya YB Husam je akan masuk dalam tanah tu.

Saya kata ibarat macam kita ajak orang datang rumah makan nasi, takkanlah kita jamu nasi kosong je, mesti ada lauk pauk, minuman dan buah buahan pencuci mulut walaupun kita tak sebut yang lain kecuali nasi.

Yang kedua saya sebut status tuan tanah tu pun kini sedang dipertikaikan kerana ada kes pending di mahkamah sivil dan syariah – tanah tu jadi sebahagian daripada tuntutan faraid daripada para waris Almarhum Datuk Rusli.

So, saya kata patut dalam signboard tu dia kena tulis juga “Arahan tuan tanah yang dipertikaikan”. Baru kena dan tepat.

Yang lagi pelik yang kata tuan tanah tu beli tanah dengan harga RM700 ribu (hebat tu SU Kerja je ada wang sebanyak tu) tapi bangunan dalam tanah tu dia tak pernah bina sesen pun.

Bangunan itu milik sepenuhnya YB Datuk Husam, dibina dengan keizinan tuan tanah yang terdahulu.

Yang lagi best, masa mereka buat program mereka di dalam tanah dan bangunan tu, tak dengar pulak kita sehabuk pun yang mereka ada minta izin dengan YB Husam. Ada dua hukum yang berlainan ke? Apa pun hebatnya taraf orang orang suci ni. I am impressed.

Allah lebih mengetahui.

CATEGORIES