Adam Adli ke penjara jika rayuan gagal

Adam Adli ke penjara jika rayuan gagal

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahkamah Rayuan hari ini akan mendengar rayuan akhir pendakwaan dalam kes aktivis Adam Adli Abdul Halim.

Jika keputusan rayuan ditolak, Adam Adli, 24, akan dihukum penjara.

Pada 19 September 2014, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Adam Adli

Beliau didapati bersalah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Adam Adli dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah selepas pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Adam Adli gagal mengetepikan sabitan hasutan pada Februari tahun ini, tetapi Mahkamah Tinggi memutuskan beliau hanya perlu membayar RM5,000 denda berbanding setahun penjara.

Hakim Mahkamah Tinggi Ab Karim Ab Rahman berkata hukuman penjara satu tahun yang dikenakan adalah berlebihan memandangkan ucapan perayu tidak menyebabkan apa-apa kesan negatif atau menyebabkan kejadian yang tidak diingini dalam masyarakat.

TAGS