Adnan yang percaya bakat saya, kata Aishah

Adnan yang percaya bakat saya, kata Aishah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Hasrat bekas penyanyi 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin untuk meminta komposer terkenal tanah air Allahyaran Datuk Adnan Abu Hassan menggubah lagu untuknya tidak kesampaian apabila Allahyarham meninggal dunia awal pagi Jumaat semalam.

Menulis di facebook, Aishah berkata beliau dan rakan-rakan yang lain akan merindui Adnan yang dianggap seperti abang kepadanya.

“Baru beberapa hari yang lalu I bercerita dengan beberapa pihak untuk minta you buat and arrange lagu but I guess its not meant to be.

“Doa kami untuk you Adnan, semoga tenang di sana.You will be missed,” tulisnya yang kini merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Parlimen Batu.

Berita harian melaporkan, Adnan, 57 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada jam 2.17 pagi semalam.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tengah malam kelmarin kerana menghadapi masalah sukar bernafas.

Adnan kemudian terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Aishah berkata, Adnan merupakan orang yang percaya pada bakatnya pada waktu beliau belum mempunyai peminat.

Antara lagu yang dicipta Adnan untuk Aishah adalah ‘Camar yang Pulang’ dan ‘Melukut di Tepi Gantang’.

“Di masa orang tak minat Aishah lagi, Adnan still had faith in my talent. My only regret was I was suppose to go and see him in January, kerana birthday kami selang beberapa hari tapi I terlalu sibuk.

“I will regret that forever. Now you dah pergi, di keheningan malam Jumaat yang mulia, we will miss your talent a lot,” luahnya.

Antara penyanyi lain yang pernah menyanyikan lagu Adnan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Nora Ariffin, Fauziah Latif dan Misha Omar.

TAGS