Adun DAP mahu Guan Eng  jadi pemimpin pertama laksana had pemerintahan

Adun DAP mahu Guan Eng jadi pemimpin pertama laksana had pemerintahan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta menjadi pemimpin pertama yang melaksanakan had pemerintahan selama dua penggal bagi kedudukan ketua menteri.

Perkara itu dibangkitkan oleh Adun DAP dari Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang turut mencadangkan agar sistem tersebut dilaksanakan bagi jawatan perdana menteri dan menteri besar.

“Had tempoh dua penggal boleh mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan saya meminta DAP melaksanakan perkara ini terlebih dahulu bermula di Pulau Pinang.

“Saya juga meminta Guan Eng untuk menjadi contoh dengan kedudukan beliau sebagai ketua menteri, sekali gus melakukan perubahan dalam dunia politik,” katanya pada sidang media di Tanjung Bungah,semalam seperti dipetik.

Yee Cheu meminta Guan Eng mempertimbangkan cadangan itu sebelum terlewat.

“Jadikan ini satu legasi anda, ketika masih menjadi ketua menteri. Tidak seperti Mukhriz.

“Beliau (Mukhriz) sekadar bercakap dan tidak mampu melakukannya.

Kenyataan Yee Cheu merujuk kepada komen Timbalan Presiden protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mahu mencadangkan pemerintahan perdana menteri dihadkan selama dua penggal jika berjaya membentuk kerajaan.

TAGS