Adun Hulu Klang serah memorandum #BebasAnwar ke pejabat Kesatuan Eropah

Adun Hulu Klang serah memorandum #BebasAnwar ke pejabat Kesatuan Eropah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Dewan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik telah menyerahkan memorandum kepada pejabat kedutaan Kesatuan Eropah (EU) di Menara Tan & Tan, 207, Jalan Tun Razak 26 Mac lalu.

Penyerahan memorandum itu adalah sebahagian kempen #BebasAnwar sebagai ‘tahanan politik’.

Memorandum diterima Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Luc Vandebon.

Rombongan yang diketuai Saari turut mengadakan perbincangan dengan wakil Kesatuan Eropah berhubung isu-isu hak asasi manusia dan Anwar yang diklasifikasikan sebagai ‘tahanan politik’.

Ketibaan Saari disambut wakil pejabat kedutaan EU di Kuala Lumpur.

TAGS