Ahli MPT PKR desak hentikan perbincangan dengan Presiden Pas

Ahli MPT PKR desak hentikan perbincangan dengan Presiden Pas


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya mendesak supaya perbincangan dengan Pas khasnya dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihentikan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya mendesak supaya perbincangan dengan Pas khasnya dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihentikan.

“Si Hadi tak sanggup beri sokongan untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Apa lagi nak bincang?” kata Latheefa menerusi Facebooknya.

Latheefa sebelum ini adalah pendokong kuat gagasan perbincangan antara PKR dengan Pas.

Beliau yang kesal dengan tindakan ahli parlimen pembangkang yang menyertai perjumpaan dengan Datuk Seri Zahid Hamidi bagi membincangkan Rang Undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355 (RUU 355) yang dibawa oleh Abdul Hadi.

“Saya betul-betul tak faham sesetengah ahli-ahli Parlimen dari kalangan pembangkang kita yang cepat-cepat bersetuju dan bergegas untuk berjumpa dengan si Zahid Hamidi ni. Konon nak bincang berkenaan RUU,” tulis Latheefa.

Bagi Latheefa, Zahid adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap penahanan Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih di bawah Sosma.

“Menteri ni yang bertanggungjawab terhadap penahanan Maria Chin. Bertanggungjawab atas PDRM. Bertanggungjawab keadaan penjara DSAI.

“Dia tak buat apa pun,” tulis Latheefa kesal dengan tindakan ahli parlimen pembangkang menyertai majlis jemputan Zahid.

Katanya, hanya semata-mata kerana dia (Zahid) menjemput, adakah perlu mereka menyertainya.

“Tak bijak langsung. Kenapa seorang MP UMNO dok sibuk nak bincang RUU yang di bawa oleh PAS? apa agenda? Kenapa tiba-tiba nak jumpa?” soal Latheefa.

“Jangan dipermainkan atas konon nama agama. Ini mainan politik yang jahat,” kata Latheefa.

Ketika membuat penjelasan kepada tulisannya, Latheefa berkata, “si Hadi bukan nabi. Dia sokong Najib. Najib tu Presiden Umno. Umno to jahat. Kalau tak faham, jangan cuba nak bagi syarahan pasai agama – rakyat bukan bodoh.”

TAGS