Ahli Parlimen dunia kunjungi Myanmar, prihatin nasib etnik Rohingya

Ahli Parlimen dunia kunjungi Myanmar, prihatin nasib etnik Rohingya

Bagi meninjau lebih dekat keadaan masyarakat Islam Rohingya yang menjadi mangsa ‘pembersihan etnik’ di Myanmar sekaligus menyarankan kepada pentadbiran pusat di Rangoon agar melindungi etnik minoriti negara itu, satu misi telah diatur ahli parlimen dunia ke negara tersebut.

Misi solidariti bersama minoriti tertindas itu bertujuan bertemu ahli parlimen Myanmar dan kementerian berkenaan agar menghormati hak beragama khususnya terhadap etnik Rohingya Muslim di wilayah Rakhine yang menjadi mangsa penindasan.

Beberapa siri pertemuan diadakan termasuk dengan kelompok masyarakat sivil bagi mendapat perspektif berbagai pihak.

Beberapa ahli Parlimen mewakili Asean, benua Eropah, Amerika dan Afrika membentuk delegasi antarabangsa itu.

Perwakilan daripada Malaysia dan Thailand mewakili Asean.

Parlimen Malaysia diwakili Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dr Mujahid dipilih atas kapasiti beliau memimpin dialog kedamaian dan membela hak beragama di Malaysia.

“Misi ini adalah inisiatif beberapa individu ahli Parlimen yang memiliki harapan melihat keamanan di mana tiada penindasan atas nama agama dilakukan dan memastikan hak asasi manusia ditegakkan dalam kerangka pendemokrasian berterusan,” ujarnya dalam emel kepada Malaysia Dateline.

TAGS