Ahli perlu terima keputusan MPT, kata Ketua Penerangan PPBM

Ahli perlu terima keputusan MPT, kata Ketua Penerangan PPBM

Semua pihak harus menerima keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  berkaitan  jawatan dua sayap parti itu yang dimuktamadkan minggu lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Kamarudin Md NorSemua pihak harus menerima keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  berkaitan  jawatan dua sayap parti itu yang dimuktamadkan minggu lalu.

Dalam sayap pemuda iaitu  jawatan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudahpun dilantik secara rasmi memegang jawatan itu.

Bagaimanapun dalam mesyuarat sama MPT yang diadakan minggu lalu, keputusan tidak memihak kepada pimpinan wanitanya Anina Saadudin yang selama ini dianggap sebagai Ketua Srikandi mengejutkan ramai ahlinya dan pemerhati di luar parti.

Ketua Penerangannya Datuk Kamarudin Md Nor berkata, semua ahli perlu menerima keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

“Semua pihak kena terima keputusan MPT. Pimpinan sudah membuat keputusan,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Ditanya adakah Anina akan diberikan peluang untuk mengetuai sayap itu secara rasmi selepas ada suara kurang senang dikalangan ahli terutama pengikut Anina sendiri terhadap keputusan dibuat MPT.

“Semua bergantung keputusan MPT saya tidak boleh bagi sebarang komen mengenainya,” ujarnya.

Ditanya sama ada PPBM sudah ada calon yang layak untuk memegang jawatan Ketua Srikandi?

“Kita ada ramai yang layak, apapun keputusan masih di tangan MPT untuk menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Srikandi,” ujarnya.

Semalam Setiausaha parti itu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dipetik berkata,jawatan Ketua Srikandi akan ditentukan oleh MPT parti itu dalam waktu terdekat apabila tertubuhnya sayap itu.

Beliau dalam kenyataan berkata, parti itu sejak didaftarkan belum lagi menubuhkan sayap Srikandi secara rasmi.

Justeru ujarnya kedudukan Anina yang dirujuk sebagai ‘Ketua Srikandi PPBM’ sejak parti itu ditubuhkan tidak seharusnya timbul.

TAGS