Ahli, tokoh politik Pas Kelantan akan sertai Amanah malam ini

Ahli, tokoh politik Pas Kelantan akan sertai Amanah malam ini

Dewan Undangan Negeri (Dun)  Salor hari ini dijangka akan menerima ahli baru Amanah dalam satu majlis ceramah perdana 'Harapan Baru Kelantan' yang diadakan dipejabat Adunnya Datuk Husam Musa malam ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dijangka ahli dan tokoh politik Pas akan menisytiharkan keluar parti untuk masuk Amanah pada majlis  sempena sambutan setahun Amanah  yang akan diadakan malam ini.Dewan Undangan Negeri (Dun)  Salor hari ini dijangka akan menerima ahli baru Amanah dalam satu majlis ceramah perdana ‘Harapan Baru Kelantan’ yang diadakan dipejabat Adunnya Datuk Husam Musa malam ini.

Majlis itu akan turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi meraikan sempena setahun tertubuhnya Amanah di Kelantan.

“Bertarikh 16 September 2016, bertempat di Bangunan Salor, satu majlis Ceramah Perdana dan perisytiharan kemasukan beramai-ramai ahli baru ke dalam Amanah sempena sambutan setahun Amanah Kelantan.

“Majlis ceramah perdana ini akan diumumkan ahli yang telah menyertai Amanah bersekali dengan pimpinan mereka di dalam Pas,” ujar Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Zahari Sidik dalam satu kenyataan.

Orang ramai juga dimaklumkan untuk bersama hadir menyaksikan peristiwa bersejarah perisytiharan tokoh politik pentng Kelantan yang menyertai Amanah.

“Kami di pihak Amanah Kelantan menjemput dan mempersilakan semua rakyat Kelantan hadir ke majlis ini seterusnya dapat bersama menjadi ‘turning point’ merealisasikan ‘Harapan Baru Kelantan,” ujarnya.

Pada 30 Ogos lalu bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa telah mengisytiharkan beliau masuk Amanah dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya selepas beliau dipecat dari Pas.

Selepas tiga hari beliau menyertai Amanah dua cawangan dibuka di Dun Salor. 

Ini kerana sebelum itu pada 2 September Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar agar  mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.

“Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar dari Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila seperti dilaporkan portal berita.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa menyertai Amanah.

Justeru majlis pada malam ini diadakan khusus untuk meraikan kehadiran beliau dalam Amanah Kelantan. Selain  pengumuman kemasukan ahli- ahli Pas bersama pimpinan mereka, majlis juga dijangka akan mengisytiharkan penyertaan pimpinan “hardcore” NGO yang menuntut ‘Royalti’ serta profesional dan pegawai kerajaan yang sudah bersedia untuk diumumkan bersama menyertai parti itu pada malam ini.

Majlis ini akan disiarkan secara langsung melalui youtube (http://tinyurl.com/mediaghb) dan facebook page (https://www.facebook.com/ghbmediatv).

TAGS