“Ahli Umno sanggup gadai negara, taksub pada pengkhianat bangsa,” kata Tamrin

“Ahli Umno sanggup gadai negara, taksub pada pengkhianat bangsa,” kata Tamrin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dalam satu kenyataan media penuh emosi, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Tamrin Tun Ghafar menyelar kelompok bangsa Melayu yang masih mahu terus bersama Umno dan mempertahankan pemimpin yang digelar beliau sebagai ‘pengkhianat bangsa’.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyifatkan mereka yang masih setia bersama Umno sebagai ‘hilang akal’ dan bukannya bodoh.

“Mereka tidak fikir apa akan terjadi kepada anak bangsa apabila pemimpin Umno menganiaya, khianat dan menipu bangsa Melayu, dulu dan sekarang.

“Apa yang telah diusahakan pemimpin terdahulu musnah angkara beberapa individu demi kepentingan mereka sahaja tanpa mengira kesusahan rakyat dan masa depan negara tergadai,” katanya.

Beliau hairan kerana masih ada anggota dan pemimpin Umno yang sanggup mempertahankan tindak-tanduk pemimpin utama Umno yang jelas merugikan bangsa dan menghancurkan negara.

“Di manakah kesetiaan kita pada agama bangsa dan negara? Parti boleh ditadbir oleh individu lain. Malangnya ahli dan penyokong Umno sangat taksub kepada pengkhianat bangsa,” tegasnya.

TAGS