Ahmad Bashah bakal MB baru, lima exco digugurkan?

Ahmad Bashah bakal MB baru, lima exco digugurkan?

Desas-desus Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dikatakan bakal diumumkan sebagai Menteri Besar yang baru, sudahpun tersebar dengan senarai baru barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Jumaat ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Desas-desus Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dikatakan bakal diumumkan sebagai Menteri Besar yang baru, sudahpun tersebar dengan senarai baru barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Jumaat ini.

Senarai baru calon Menteri Besar dan Exco  seperti yang tersebar itu,  dikatakan mendapat ‘perkenan’ Jemaah Pemangku Pengerusi Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Tunku Temenggong Kedah.

Malah dikatakan senarai itu juga akan diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dijangka pada 29 Januari ini.

Menurut sumber diperoleh Malaysia Dateline telah ada pertemuan dibuat oleh Ahmad Bashah dan exco baru dengan Jemaah Pemangku Pengerusi Sultan Kedah  yang memungkinkan tersebarnya senarai nama MB dan Exco baru itu.

Malah satu pertemuan dijangka akan berlaku antara Najib dan  pihak istana  sama ada hari ini atau pada Rabu untuk mendapat perkenan Sultan Kedah terhadap pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco yang baru itu.

Namun kata sumber itu lagi, “Pemangku marah, Intan Syafinaz marah. Pihak istana tersinggung dengan tindakan Ahmad Bashah dan kumpulannya, ” ujar sumber yang merujuk kepada reaksi Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim  dengan krisis politik Kedah yang berlaku.

Antara Exco baru yang akan dilantik seperti tersebar di bawah pimpinan Ahmad Bashah kelak terdiri daripada Datuk Ahmad Lebai Sudin (Adun Bukit Lada); Datuk Ahmad Zaini Zapar (Adun Bukit Kayu Hitam); Datuk Ali Yahya (Adun Pantai Merdeka); Mahadzir Abdul Hamid (Adun Jeneri) Kama Noriah Ibrahim (Adun Pedu) dan; Norsaidi Nayan(Adun Kuah).

Manakala Speaker Kerajaan Negeri akan disandang oleh Azmi Che Hussin (Adun Bayu) dan Timbalan Speaker dilantik semula Datuk Tajul Urus Mat Zain (Adun Tanjung Dawai).

Di bawah pentadbiran Ahmad Bashah selain Mukhriz yang digugurkan sebagai Menteri Besar, lima lagi Exco menerima nasib sama antaranya Datuk Suraya Yaacob (Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani,Pembangunan Usahawan,Kebajikan Wanita); Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (Exco Penerangan,Pembangunan Luar Bandar Basmi Kemiskinan); Aminuddin Omar ( Exco Belia dan Sukan,Kesenian dan Kebudayaan Pembangunan Insan); Datuk Nursabrina Mohd Noor (Exco Sains,Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi) dan; Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid ( Exco Agama. Hal Ehwal Masyarakat Siam,Pelancongan dan Warisan,Kerja Raya).

Manakala empat exco di era Mukhriz yang kekal dan akan dilantik semula di bawah pentadbiran Ahmad Bashah antaranya Datuk Tajul Urus Mat Zain, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan Datuk Dr. Leong Yong Kong.

Kajiselidik agensi kerajaan negeri mengenai krisis kepimpinan Menteri Besar dan Umno Kedah.

Dalam pada itu menurut sumber lagi , sebuah agensi kerajaan negeri turut mengadakan kajiselidik selama dua hari bermula pada 20-21 Januari lalu selepas ketua-Ketua Bahagian Umno Negeri Kedah mengadakan sidang media untuk menolak kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 20 Januari lalu.

Menurut sumber, tanpa mahu mengatakan agensi mana yang telah mengadakan kajiselidik adhoc kepada 150,000 responden dikalangaan rakyat negeri itu  terhadap krisisis kepimpinan Umno Kedah.

Soalan kajiselidik  dilakukan  agensi dirahsiakan itu yang diberikan oleh sumber kepada Malaysia Dateline antaranya adalah seperti berikut:

1. Adakah anda setuju desakan pemimpin Umno Kedah untuk mendesak Mukriz letak jawatan?

Dapatan: 96.6 peratus tidak setuju; 2.1 peratus setuju dan; 1.4 peratus tidak peduli.

2. Adakah tindakan ini memberi impak terhadap sokongan masyarakat terhadap Umno?
Dapatan: 91.6 peratus ya; 6.1 tidak dan; 2.3 peratus tidak peduli.

3. Pada pandangan anda adakah tindakan pemimpin Umno ini wajar?
Dapatan: 96.6 peratus tidak wajar; 2.1 peratus ya dan; 1.4 peratus tidak peduli.

Justeru bersandarkan kepada beberapa soalan kajiselidik kata sumber, jelas membuktikan bahawa sokongan rakyat negeri itu kepada Mukhriz masih lagi kuat berbanding keyakinan pemimpin Umno sendiri.

“Itu antara punca dia (Mukriz) diam tidak cakap banyak pasal Kedah tak hentam sesiapa sebab dia dah tengok data yang dibuat agensi ini,

“Harapan rakyat Kedah juga agar Sultan menolak cadangan Menteri Besar baru itu dan mengekalkan Mukriz,” ujar sumber itu lagi.

TAGS