Akmal Nasir bakal bertanding di  kerusi Parlimen Johor Bahru?

Akmal Nasir bakal bertanding di kerusi Parlimen Johor Bahru?

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, merancang Akmal Nasir pembantunya, untuk bertanding di kerusi parlimen Johor Bahru yang disandang Tan Sri Shahrir Samad pada pilihan raya umum akan datang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rafizi RamliAhli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, merancang Akmal Nasir pembantunya, untuk bertanding di kerusi parlimen Johor Bahru yang disandang Tan Sri Shahrir Samad pada pilihan raya umum akan datang.

“Akmal akan bertanding di Johor … Dia adalah dari Johor.

“Dia akan gantikan Shahrir Samad, dan dia adalah dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), 40 tahun lebih muda dari Shahrir, yang berasal dari kolej yang sama.

“Biarkan mereka berlawan, dan saya fikir dia (Akmal) akan menang di Johor,” kata Rafizi seperti dipetik dari portal Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif di pusat khidmat Pandan hari ini .

Menurut Rafizi, masa depan Akmal yang merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (Now) adalah cerah memandangkan beliau masih muda dan berpotensi.

Rafizi menambah beliau tidak ‘menggilap’ Akmal untuk mengambil alih kerusinya di Pandan kerana tiada sesiapa harus mendapat tempat ‘secara percuma’, terutama apabila seseorang itu menjadi pemimpin politik.

“Saya tidak fikir beliau mahu bertanding di Pandan kerana orang akan kata ‘Oh kamu dapat kerusi dengan mudah dan sebagainya.

“Akmal tahu dia perlu kembali ke Johor,” kata Rafizi.

Rafizi menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 8 (1) (c) (iii) dan 8 (1) (c) (iv) Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki laporan audit 1MDB tanpa kebenaran; dan satu lagi tuduhan kerana mendedahkan dokumen itu.

Beliau berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun bagi kedua-dua pertuduhan.

Seseorang anggota parlimen yang didenda lebih RM2,000 atau dihukum penjara lebih setahun akan kehilangan kerusi mereka di Dewan Rakyat dan dihalang daripada bertanding bagi kerusi itu selama lima tahun.

Bagaimanapun, Shahrir yang merupakan seorang veteran Umno mengumumkan pada Mac lalu bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk bersara daripada politik pada pilihan raya akan datang.

TAGS