‘Akta 164 tidak bercanggah jumhur ulamak’

‘Akta 164 tidak bercanggah jumhur ulamak’

Polemik pindaan Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 seharusnya mengambil kira pendapat jumhur ulamak yang mengatakan anak bawah umur yang lahir hasil daripada perkahwinan antara pasangan bukan Islam dikira kekal di atas agama asal ibu bapa mereka.

Polemik pindaan Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 seharusnya mengambil kira pendapat jumhur ulamak yang mengatakan anak bawah umur yang lahir hasil daripada perkahwinan antara pasangan bukan Islam dikira kekal di atas agama asal ibu bapa mereka.

“Amat malang sekarang apabila dihebohkan cadangan pindaan ini dianggap bercanggah dengan Islam,” kata naib pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad.

Menurutnya sistem keadilan Islam memberi perhatian berat kepada penjagaan kanak-kanak dan senarai mereka yang diberi hak menjaga mereka disebut dalam al-Quran dengan jelas.

“Orang ramai sepatutnya tidak dikelirukan dengan pemainan sentimen dalam menghadapi isu seperti ini kerana Islam sebuah agama yang amat teliti dalam mengendalikan hak kanak-kanak yang belum matang.

“Kita berharap pakar-pakar perundangan Islam segera tampil menghuraikan dengan rujukan tepat dan tidak membiarkan tafsiran liar atas sentimen kononnya mempertahan kesucian Islam,” katanya.

Semalam, Pas meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk Akta 164 yang dalam proses untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bimbang mengenai kesan keseluruhan daripada pindaan Akta 164 itu.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, antara kesan besar yang dibawa rang undang-undang berkenaan ialah terhadap aspek kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama dan mempertahankan akidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

Sebelum itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu kerajaan menangguhkan pembentangan pindaan Akta 164 kerana ia bukan saja bertentangan dengan perlembagaan dan hukum syarak, malah bercanggah dengan fatwa diputuskan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Jun 2009.

Mengulas lanjut, Che Ibrahim berkata, Islam katanya datang untuk membawa rahmat dan kedamaian kepada semua termasuk mereka yang bukan Islam.

“Sepatutnya apabila seorang dari sebuah keluarga memilih Islam, dia akan jadi teladan baik kepada ahli keluarga lain dan bukannya dilihat seperti ejen memporak perandakan ahli keluarga lain terutama anak-anak kecil.

“Selain membaca tentang hukum kita perlu kembali meneliti proses mereka yang memeluk Islam pada zaman Rasulullah SAW yang tidak kita jumpa kacau bilau penjagaan anak apabila suami atau isteri memilih Islam,” katanya.

Sedangkan dalam hal RUU 355 katanya, kita sibuk mewajibkan orang menyokong sedangkan jelas dalam pindaan ini banyak perkara yang bententangan dengan Islam.

“Misalnya dengan lulusnya RUU 355 hukuman hudud dan qisas tidak dibenarkan berjalan.

“Adakah salah kalau ada pihak yang tidak setuju dengan perkara ini,” soal beliau.

TAGS