Amanah akan tanding semua kerusi Pas pada PRU14, kata Dr Hatta

Amanah akan tanding semua kerusi Pas pada PRU14, kata Dr Hatta

Parti Amanah Negara (Amanah) akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli.

Beliau berkata, Amanah tidak mahu menyentuh mana-mana kerusi PKR atau DAP kerana kedua-duanya merupakan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

“Kita perlu menghormati teman-teman kerana mereka mempunyai rancangan mereka,” katanya ketika meyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional semalam

Dalam ucapannya Dr Hatta yang juga Pengarah Strategi Pilihanraya  turut mempersoalkan di mana pula kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Amanah meletakkan calonna  pada kerusi yang dipertandingkan Pas.

“Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka akan bertanding? Kita sentiasa sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh,” katanya.

Dr Hatta berkata, mereka boleh berkongsi kerusi.

“Ada 222 kerusi,” katanya.

TAGS