Amanah ditubuh elak Umno kembali kuasai Kelantan, kata Husam

Amanah ditubuh elak Umno kembali kuasai Kelantan, kata Husam

Adalah ganjil untuk mendakwa AMANAH berpakat dengan Umno di Kelantan kerana kehadiran parti itu sejak awal adalah untuk mengelakkan Umno kembali berkuasa akibat Pas menjadi parti yang semakin ditolak rakyat.

Penasihat AMANAH Kelantan Datuk Husam Musa berkata tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah kononnya Umno memberi bantuan kepada AMANAH termasuk bantuan kewangan adalah amat tidak berasas.

“Yang semua orang tahu ialah Pas dan Umno yang kelihatan begitu bantu-membantu.

“Sekurang-kurangnya telah tiga kali Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

“Ini termasuk di pejabatnya sendiri,” katanya ketika berucap melancarkan jentera Pakatan Harapan (PH) peringkat parlimen di restoran Koza Garden Tanah Merah malam tadi.

Husam yang juga Adun Salor berkata, dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan semakin kukuh  berkata hasrat asal AMANAH itu semakin hampir menjadi kenyataan.

“Dulu masa AMANAH berusaha yakinkan rakyat untuk tukar kerajaan Kelantan, kita hanya mampu beri kesedaran kepada orang-orang Pas sahaja.

“Tetapi sekarang bila ada parti Bunga Raya (Bersatu) orang Umno boleh menyeberang dengan mudah kerana ada parti yang serasi dengan mereka.

“Gabungan ini akan lebih meyakinkan rakyat bahawa kita sudah berkeupayaan untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang lebih baik berbanding Pas selepas pilihan raya ini,” katanya.

Tuduhan janggal ini katanya lagi,muncul kerana Pas Kelantan kini tersepit dan terdesak apabila menghadapi kesuntukan masa menghadapi pilihan raya yang hanya akan berlaku dalam masa tiga bulan lagi.

“Dulu jelas mereka cuba untuk berpakat dengan Umno. Bawa slogan politik matang dan sejahtera.

“Semua kenyataan-kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membela Najib,” katanya.

Pada Selasa Mohd Amar dilaporkan  mendakwa Umno dan AMANAH berpakat termasuk sediakan dana untuk tumbangkan kerajaan negeri pada PRU 14.

“Saya dapat maklumat Umno setuju bagi duit kepada AMANAH untuk buat kerja pilihanraya,” katanya.

Dalam perkembangan sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamad turut menafikan partinya menjalin kerjasama dengan AMANAH.

Mustapha berkata tuduhan tidak berasas itu sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pemimpin politik apabila menjelangnya pilihan raya.

“Tidak timbul kita berpakat dengan Pas atau AMANAH untuk menjatuhkan mana-mana parti politik di negeri ini,” katanya.

8.7
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS