AMANAH Kelantan anjur makan malam PRU14, sasar kutipan RM1 juta

AMANAH Kelantan anjur makan malam PRU14, sasar kutipan RM1 juta

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan akan mengadakan makan malam khas pada 10 Oktober ini bagi mengumpul dana menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kita sasarkan kutipan RM1 juta bagi persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan bila-bila masa,” kata pengarah makan malam itu, Ir. Nor Marzuki Yaacob pada sidang media tengah hari tadi.

Menurutnya, majlis yang akan diadakan di Sweet Beach Resort itu akan turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan negeri.

“Untuk kategori jualan meja, sumbangan berharga RM1,000, RM3,000 dan RM5,000 bagi satu meja akan dibuka kepada mana-mana penderma.

“Bagi kategori sumbangan individu, organisasi dan korporat tiada limit harga dan perderma boleh terus berhubung dengan pimpinan AMANAH Kelantan untuk menderma,” katanya.

Pembahagian kerusi

Sementara itu, Pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang ditanya pembahagian kerusi PH Kelantan berkata perkara itu belum muktamad.

“Sebagai parti yang diputuskan untuk mengetuai peringkat negeri, tentulah AMANAH menjadi pihak yang utama.

“Bagaimana perbincangan terus dibuka bagi memilih yang terbaik dan mampu menang,” katanya.

Semua parti katanya diambil kira termasuk DAP yang tidak pernah bertanding di Kelantan.

Memang DAP menyatakan hasrat bertanding tetapi perkara itu belum dimuktamadkan oleh gabungan PH.

“DAP hanya berhasrat untuk (bertanding) Dun, tidak untuk Parlimen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Timbalan Pengerusi PH Kelantan berkata pembahagian kerusi Parlimen di negeri ini masih belum dimuktamadkan.

“Terdapat empat kerusi Parlimen yang belum diselesaikan kerana bertindih dan setakat ini rundingan masih berjalan dengan parti lain.

 

 

CATEGORIES
TAGS