Amanah Kelantan bersiap siaga hadapi banjir

Amanah Kelantan bersiap siaga hadapi banjir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Amanah Kelantan akan membuka bilik gerakan banjir dalam masa terdekat bagi menguruskan maklumat sebelum banjir, mengadakan persiapan membantu mangsa banjir dan menyelaras kerja-kerja membantu dan menyelamat mangsa jika berlaku banjir.

Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Allah mengajar kita membuat persiapan banjir ini dengan kisah Nabi Nuh a.s yang begitu lengkap.

“Perisapan teknikal yang begitu terperinci dinyatakan Allah swt dalam kisah ini dari permulaan pembuatan kapal hingga petanda akan berlaku banjir mesti dijadikan teladan kepada kita yang berada di kawasan yang sentiasa mengahadapi bencana ini,” katanya di progrqm Tanweer bulanan pimpinan Amanah Kelantan di pejabat Amanah kawasan Pasir Mas.

Beliau mahu bilik gerakan Amanah segera mewujudkan rangkaian penyaluran maklumat banjir terkini supaya dapat dijangka dengan tepat apa yang bakal terjadi.

“Di semua kampung atau pusat bacaan banjir perlu dilantik ejen Amanah yang segera membuat laporan bila keadaan kecemasan berlaku.

“Kita juga mesti sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Parti dan Saliran (JPS) supaya semua data yang mereka kumpul di semua setesen pemantauan banjir terus dapat dianalisa untuk diambil tindakan bile diperlukan,” katanya.

Meskipun Amanah hanyalah sebuah parti poltik dan tidak ada kemudahan seperti sebuah kerajaan beliau berharap semua ahli dan penyokong parti itu tidak mengambil sikap remeh terhdap bencana yang berlaku kepada orang ramai.

“Kisah Nabi Nuh menghadapi banjir besar ini ialah kisah baginda berada di luar kerajaan dan berhadapan dengan kerajaan yang berkuasa di zamannya yang tidak beriman dan menolak segala amaran yang dikemukakan beliau.

“Dalam kisah inilah disebut perkataan ‘al-Mala’ yang ditujukan kepada pembesar-pembesar yang angkuh yang tidak mahu menerima dakwah baginda dan menolak rancangan baginda untuk bersiap menghadapi banjir besar,” katanya.

Dimaklumkan pengumuman mengenai bilik gerakan banjir akan segera diumumkan oleh ibu pejabat Amanah negeri untuk kemudahan orang ramai mendapatkan maklumat.

TAGS