AMANAH kerah ahli ke himpunan bantah Baitulmaqdis ibu negara Israel

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Anuar Tahir minta orang Melayu tolak kempen perkauman yang dibuat dalam dua PRK sekarang.Parti Amanah Negara hari ini mengarahkan para anggotanya untuk menyertai himpunan dan serahan memoranum membantah pengumuman Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang dijadual berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur esok.

Himpunan solidariti selepas solat Jumaat itu dianjurkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuk Sekretariat Ulama’ Rantau Asia (Shura), Kesatuan Ulama Dunia Cawangan Malaysia serta Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir dalam surat yang ditujukan kepada Angkatan Wanita AMANAH (Awan) Nasional, Pemuda AMANAH Nasional, Wanita Muda (Warda) Nasional, AMANAH Wilayah Persekutuan dan Selangor menyeru setiap organisasi parti menghantar seramai mungkin ahli ke perhimpunan itu.

“Ahli AMANAH juga dinasihatkan untuk mematuhi semua arahan pihak penganjur dan menjaga tatatertib ketika berlangsungnya himpunan,” kata Anuar.

5.0
OVERALL SCORE
: 5.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS