Amanah kunjungi kedutaan Turki: Luahkan kebimbangan tekanan kuasa barat

Amanah kunjungi kedutaan Turki: Luahkan kebimbangan tekanan kuasa barat

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengadakan kunjungan ke kedutaan Turki luahkan kebimbangan tekanan kuasa barat ekoran  insiden tembak mati  duta Rusia ke Turki Isnin lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengadakan kunjungan ke kedutaan Turki luahkan kebimbangan tekanan kuasa barat ekoran  insiden tembak mati  duta Rusia ke Turki Isnin lalu.

Amanah di wakili Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir dan Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa Dr Ahmad Termizi Ramli.

Kunjungan mereka disambut duta Turki ke Malaysia Basak Turkoglu.

Salahuddin berkata, beberapa isu yang berlaku di Turki terutama kejadian terkini menyaksikan pembunuhan ke atas duta Rusia Andrey Karlov, Amanah merasakan kebimbangan terhadap Turki akan menjadi percaturan kuasa besar barat.

“Beberapa isu yang berlaku di Turki mutakhir ini terutama bila kita menyaksikan pembunuhan ke atas duta Rusia.

“Amanah merasakan cukup bimbang dengan isu terkini sekiranya berlaku percaturan kuasa besar barat terhadap Turki.

“Turki kini dilihat sebagai tempat perlindungan bagi isu membabitkan umat Islam di negara-negara persempadanannya,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Justeru kunjungan Amanah bertemu duta Rusia ke Malaysia itu untuk menyatakan rasa kebimbangan parti itu, disambut baik walaupun pertemuan di atur dalam waktu singkat.

“Alhamulillah kami dapat berjumpa duta besar Madam Basak walaupun diberitahu hari ini beliau mempunyai beberapa temujanji yang agak ketat tetapi meluangkan masa hampir 40 minit.

“Kita bincangkan mengenai peranan Turki yang dilihat semakin penting menjadi tuan rumah kepada isu Palestin dan Syria.

“Begitu juga dengan Rohingya yang semakin memerlukan perhatian tokoh tempatan dan antarabangsa untuk menyelesaikannya secara pro aktif bersama,”ujarnya.

Selain itu Salahuddin berkata, Amanah menyokong pemerintahan Edrogan yang dilihat sebagai penaung kepada masyarakat Islam antarabangsa.

Bahkan ujarnya lagi, kunjungan Amanah itu disambut baik duta Turki itu kerana sebelum ini Amanah dan Pakatan Harapan telah menjalin hubungan baik parti pembangkang ketika berlakunya rampasan kuasa tentera ke atas Turki.

“Kita dan rakan Pakatan Harapan parti pertama mengadakan kunjungan ke kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

“Beliau begitu menghargai sokongan Amanah dan mengharapkan kita memainkan peranan sebagai destinasi diplomatik yang mampu untuk menjadi penghubung perunding bagi masyarakat Islam antarabangsa.

“Kita harap Malaysia dan Turki memainkan peranan pro aktif terutama isu Rohingya contohnya hampir dengan negara kita memandangkan Turki lebih jauh, Malaysia perlu proaktif melakukan perubahan yang lebih besar.” ujarnya.

Beliau merujuk usaha membawa usul Rohingya pernah  ditolak di Parlimen sepatutnya tidak berlaku, ujarnya Salahuddin lagi, Malaysia perlu lebih pro aktif dalam menangani isu umat Islam ini.

Dalam hal ini Amanah dan rakan PH akan memainkan peranan lebih penting pada isu kemanusiaan dan umat Islam ini ketika ini dan masa hadapan.

Dalam satu kejadian pada Isnin lalu duta besar Rusia ke Turki Andrey Karlov telah ditembak mati di Ankara. Beliau ditembak ketika sedang menyampaikan ucapan merasmikan pameran foto di ibukota Turki itu.

Penembak yang memakai sut gelap dan tali leher menembak duta berkenaan di belakang dan terus menghayunkan pistolnya di galeri seni yang menjadi lokasi insiden tersebut.

Semalam Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataannya turut mengalu-alukan kenyataan daripada pemimpin kedua-dua negara, Recep Tayyip Erdogan dan Vladimir Putin untuk bersama-sama menyiasat kejadian itu dan berhati-hati dengan percubaan untuk memporak-perandakan hubungan antara kedua-dua negara.

“Turki adalah sebuah negara Islam yang penting dihormati oleh umat Islam dan negara-negara bukan Islam. Semoga kestabilan dan keamanan kekal di Turki,”ujarnya.

 

TAGS