Amanah kutuk serangan tentera Myanmar terhadap Rohingya

Amanah kutuk serangan tentera Myanmar terhadap Rohingya

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) mngutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Myanmar menyerang perkampungan orang awam di Rakhine, Utara Myanmar.

“Serangan dahsyat yang menggunakan helikopter tentera ke atas orang awam itu tidak dapat diterima akal sama sekali,” kata Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Kamarul Bahrin Shah.

Menurut laporan media, tentera Myanmar melancarkan serangan dengan helikopter terhadap perkampungan masyarakat Rohingya di Rakhine pada Sabtu, mengakibatkan lapan orang maut, termasuk dua tentera.

Rakhine Utara yang menjadi kawasan penempatan minoriti Islam Rohingya dan bersempadan Bangladesh, dikepung tentera sejak serangan mengejut bulan lalu di pos sempadan yang menyebabkan sembilan anggota polis terbunuh.

Tentera membunuh berpuluh-puluh penduduk dan menahan ramai orang dalam usaha memburu penyerang yang dikatakan kerajaan adalah militan Rohingya yang ada kaitan dengan militan luar negara.

Raja Bahrin menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Asia Tenggara (ASEAN) dan uga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk perbutan tidak berperikemanusiaan ini.

“Perbuatan pembersihan etnik ini yang telah lama berlaku oleh tentera Myanmar harus dihentikan segera,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan Malaysia mengambil pendirian yang lebih tegas dalam isu ini dan mengkaji hubungan diplomatik dengan Myanmar.

“Hubungan diplomatik Malaysia dengan Myanmar juga harus dikaji semula berikutan insiden-insiden yang makin serius dan kejam.

“Cara ‘soft diplomacy’ atau diplomasi yang lembut yang diamalkan selama ini sudah nyata tidak berkesan. Masanya telah tiba untuk Malaysia bertindak lebih tegas menangani insiden pembunuhan secara terbuka yang makin kejam,” tegasnya.

TAGS