Amanah kutuk tindakan terhadap Ahmad Husni

Amanah kutuk tindakan terhadap Ahmad Husni

Parti Amanah Negara (Amanah) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Umno BN mengheret bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk disiasat ekoran ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di parlimen.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Umno BN mengheret bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk disiasat ekoran ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di parlimen.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib kini sangat terdesak dalam usaha menyelamatkan dirinya sehinggakan ahli parlimen yang dilindungi hak keistimewaan di bawah Akta 63(2) Perlembagaan Persekutuan pun mahu didakwa.

“Sebagai seorang ahli parlimen, Datuk Seri Ahmad Husni hanya bertanya dan meminta penjelasan di dalam dewan yang mulia. Sepatutnya di dewan ini ahli parlimen boleh menyampaikan pandangan mewakili rakyat “without fear or favour” dan mempunyai imuniti daripada tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Husni dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang tadi untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun pihak polis menangguhkan soal siasat ke atas Husni yang juga ahli Parlimen Tambun sehingga satu tarikh yang dijangka pada minggu hadapan.

Menurut Anuar, speaker dan seluruh ahli parlimen Umno sepatutnya mempertahan hak keistimewaan ini dan menjaga kemuliaan dewan bukannya bertindak menyokong tindakan ke atas bekas menteri ini semata-mata mahu membodek dan mengikut telunjuk Najib.

Lebih menjengkelkan lagi katanya, apabila ada NGO membuat laporan polis mendesak agar tindakan diambil kepada ahli parlimen yang bercakap tentang kepentingan rakyat.

“Saya tidak faham apa kepentingan NGO ini. NGO sepatutnya berjuang untuk kepentingan rakyat bukan mempertahan pemimpin korup yang sedang merosakkan negara.

“Apa lagi institusi yang masih berdaulat di negara ini kalau parlimen sendiri sudah tiada kemuliaan dan keistimewaan untuk membela kepentingan rakyat?” soalnya.

Dua lagi dijangka menerima nasib sama adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ahli Palrimen Pagoh dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang juga ahli Parlimen Semporna.

TAGS