Amanah mahu jumpa Jamil bincang isu Tabung Haji

Amanah mahu jumpa Jamil bincang isu Tabung Haji

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) bercadang mahu bersemuka dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu rizab Lembaga Tabung Haji (TH).

Dijangka pertemuan itu akan diadakan pada Febuari ini yang mana Amanah sedang memohon satu pertemuan pada tarikh yang ditetapkan di pihak Amanah untuk dipertimbangkan oleh Menteri terbabit.

Surat yang dihantar kepada Menteri dan ditandatangani oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub itu, bertujuan untuk pemimpin Amanah mendengar sendiri dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Menteri berhubung kedudukan sebenar isu berkaitan TH.

Semalam Jamil Khir dalam satu kenyataan berkata, TH masih menunggu kelulusan Ketua Audit Negara berhubung pengumuman pembayaran dividen kepada pendepositnya.

Beliau berkata, akan merangka draf pengumuman pembayaran dividen selepas mendapat kelulusan itu.

Sebagai rekod Bank Negara telah menghantar surat kepada Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Disember lalu, memberi amaran rizab TH pada paras negatif.

Tan Sri Zeti Akhtar berkata TH tidak akan dapat membayar dividen kepada 9 juta pendeposit tahun ini, kerana nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap RM1 nilai liabiliti, jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu.

Namun dinafikan oleh Ismee yang berkata, penilaian Bank Negara itu tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang berkata nilai keseluruhan aset TH adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji.

TAGS