Amanah  mahu MB Kelantan hormati hak demokrasi parti lain

Amanah mahu MB Kelantan hormati hak demokrasi parti lain

 

 

 

 

 

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan terkejut dengan surat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang melarang kehadiran anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam program parti itu mahu hak demokrasi semua parti politik dihormati.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad YaakobParti Amanah Negara (Amanah) Kelantan terkejut dengan surat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang melarang kehadiran anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam program parti itu mahu hak demokrasi semua parti politik dihormati.

Jurucakap Amanah Kelantan, Che Ibrahim Muhamad berkata PKR dan Amanah secara rasmi menandatangani pakatan politik dalam Pakatan Harapan 9 Januari lalu dan tentulah kedua-dua parti akan saling bantu membantu dalam meraih sokongan rakyat.

“Sebagai pemimpin yang memahami Islam beliau harus menghormati pendirian politik setiap rakyat dan organisasi politik dalam membuat pilihan dalam sistem demokrasi, katanya.

Memberi respon kepada kehadiran tokoh-tokoh PKR dalam majlis anjuran Amanah, Ahmad seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian menulis surat kepada semua pimpinan PKR Kelantan agar tidak menyertai program anjuran parti Amanah.

Laporan itu turut menyebut sekiranya ada pimpinan PKR yang ingkar perkara tersebut Ahmad menegaskan untuk tidak teragak-agak menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat.

Che Ibarahim menyifatkan pendirian seperti ini amat bercanggah dengan nilai demokrasi yang memberikan kebebasan memilih pendirian politik bagi setiap parti dan individu.

“Ini amat pelik kerana ia melibatkan campurtangan pemimpin sebuah parti kepada urusan parti lain yang mempunyai struktur organisasi yang sah,” ujar beliau.

TAGS