AMANAH, parti kecil berjiwa besar penyelamat PH, kata penulis

Lim Hong Siang…penulis buku Tsunami Cina.

AMANAH disifatkan sebagai sebuah parti kecil berjiwa besar apabila sedia berkorban bagi menjayakan cita-cita besar Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum akan datang.

Pandangan ini dikeluarkan oleh penulis Lim Hong Siang dalam kolumnya di akhbar Mingguan Amanah yang ditunjukkan kepada Malaysia Dateline.

Pandangan ini diberikan ketika Amanah diperlekeh oleh parti asalnya Pas kononnya ditipu dan dipermainkan oleh parti-parti lain dalam H.

“Tahniah diucapkan kepada pemimpin Amanah,” tulis Lim Hong Siang yang selama ini sangat kritis dengan PH khasnya dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sudah tentu ramai penyokong yang kecewa lantaran pengagihan kerusi yang nampaknya tidak memihak kepada Amanah, dari segi angka.

Amanah, katanya, akan terus disindir parti lamanya, PAS sebagai kuda tunggangan PPBM, PKR dan DAP.

“Macam-macam label yang pedih dan menyakitkan telinga akan dilemparkan terhadap Amanah,” katanya.

Tulisan penuh penulis ini boleh dibaca dalam akhbar Mingguan Amanah hujung minggu ini.

8.7
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS