AMANAH Perak tubuh jawatankuasa khas tangani banjir

AMANAH Perak tubuh jawatankuasa khas tangani banjir

Parti AMANAH Negeri Perak memutuskan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Khas Bencana Banjir bagi menghadapi bencana banjir terutama di negeri Perak.

Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Perak yang didakan semalam.

Demikian kata setiausaha jawatankuasa tersebut, Salman Haji Saleh dalam satu kenyataan hari ini.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perak bersama 30 orang Ahli Jawatankuasa yang lainnya bagi menyelaras gerak kerja ketika berlakunya bencana banjir pada bulan November dan Disember ini nanti,” kata Salman.

Selain itu menurut beliau lagi, AMANAH Perak turut melancarkan talian khas bagi Jawatankuasa ini bagi memudahkan semua pihak menyalurkan maklumat kejadian bencana banjir yang berlaku di tempat mereka masing-masing.

Sebarang maklumat serta gambar boleh disalurkan ke nombor talian tersebut melalui Media Sosial WhatsApp ditalian : 019-6528905, katanya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES