Amanah perlu wujud isi tahaluf siasiy dengan PKR dan DAP

Amanah perlu wujud isi tahaluf siasiy dengan PKR dan DAP

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas aktivis Pas Kulim, Ustaz Othman Don yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) berkata kewujudan Amanah adalah satu tuntutan politik bagi umat Islam negara ini setelah Pas meninggalkan Pakatan Rakyat.

“Amanah perlu wujud menggantikan kelompongan yang ditinggalkan oleh Pas dalam bertahaluf siasiy bersama PKR dan DAP,” kata beliau di majlis Hi-Tea dan Dialog Kulim Bandar Baharu semalam.

Ustaz Othman yang pernah dilantik Ahli Majlis Perbandaran Kulim berkata beliau mengambil keputusan menyertai Amanah kerana kepimpinan Pas yang sedia ada tidak menyakinknan dan setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan pusat seperti tidak konsisten.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan Amanah Negeri Kedah seperti Cikgu Johari, Ustaz Ridzuwan (Ketua Komunikasi Amanah Kedah) dan Aris Awang.

Turut bersama tetamu khas Adun Amanah (Salor) Kelantan, Dato Husam Musa.

TAGS