Amanah Sabah mahu bawa ‘politikawan’ dalam Pakatan Harapan

Amanah Sabah mahu bawa ‘politikawan’ dalam Pakatan Harapan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pendirian dan usaha yang dibawa oleh Amanah dalam mendepani kerajaan Umno-BN sentiasa jelas dan bersungguh-sungguh, kata Pengerusi Amanah Sabah Hamzah Abdullah.

Beliau berkata, strategi Amanah Sabah dalam membawakan konsep ‘politikawan’ yang strategik di dalam pakatan pembangkang, sekaligus meraikan dimensi baru dalam politik negara dan negeri Sabah sendiri.

“Amanah Sabah juga perlu memikirkan modus operandi yang terbaik dalam melaksanakan ‘strategic partnership’ dengan parti tempatan Sabah.

“Idea ini telah dimulakan dalam satu pertemuan dihadiri oleh saya sendiri, Timbalan Pengerusi Warisan, Darell Leiking (MP Penampang), dan Mazlan Aliman, AJK Amanah Nasional. Mazlan yang awalnya melontarkan cadangan menjalinkan ‘strategic partnership’ dengan Warisan. Alhamdulillah, kita berterima kasih atas keprihatinan beliau”, katanya.

Hamzah Abdullah Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena Konvensyen pertama Amanah Sabah yang diadakan pada Sabtu.

Di hujung ucaptama itu, Hamzah sempat memberi peringatan tentang realiti landskap dan relevanisasi kuasa politik dalam membaiki negara dan membela kebajikan rakyat.

“Setiap ahli perlu memahami, perjuangan politik adalah perjuangan bagi mendapatkan kuasa bagi membantu rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat. Tidak timbul istilah kemenangan dalam pilihan raya bukan matlamat kami, sebaliknya Amanah meletakkan keperluan mendapatkan kuasa bagi membantu rakyat.

“Akhir sekali, konvensyen hari ini diadakan bagi memenuhi kehendak pihak Jabatan Pendaftaran Sosial (ROS) dan kita berharap konvensyen kita akan lebih berjaya pada masa akan datang”, tambahnya lagi.

Selaras dengan tema konvensyen kali ini ‘Bekerja Untuk Sabah’, Amanah Sabah membawa usul menggesa kerajaan negeri Sabah mengkaji semula harga rumah di Sabah.

Selain itu, Amanah Sabah turut mendesak supaya gaji minimum Sabah Sarawak dan Semenanjung disama ratakan.

Dua usul yang akan dibawa ke peringkat nasional pula ialah menggesa Pakatan Haraapan untuk memberi perhatian serius terhadap Sabah dalam PRU 14 serta mengkaji semula umur persaraan penjawat awam.

Amanah Sabah mencadangkan kerajaan meletakkan faktor kesihatan dan kepakaran sebagai kayu ukur melanjutkan umur persaraan

Konvensyen kali ini turut dihadiri dikalangan pimpinan negeri, sayap pemuda, sayap wanita dan AJK, acara ini turut dihadiri oleh perwakilan-perwakilan daripada parlimen Sepanggar dan Batu Sapi. Wakil daripada PKR juga hadir sebagai pemerhati.

TAGS