Amanah sambut baik penyertaan Bersatu dalam PH

Amanah sambut baik penyertaan Bersatu dalam PH

Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik akan kesediaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Pakatan Harapan.

Salahuddin Ayub Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik akan kesediaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Pakatan Harapan.

” Kami yakin dan percaya langkah ini diambil setelah membuat pertimbangan yang tuntas ‘Demi Negara’,” kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Bersatu menerusi kenyataan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa parti itu secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Salahuddin berkata, dengan pengumuman itu pastinya ia akan mengukuhkan lagi pakatan pembangkang.

“Sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi usaha kita bersama untuk ‘Menyelamatkan Negara dan Mensejahterakan Rakyat’.

“Kini masanya untuk kita melangkah gagah bersama merealisasikan hasrat danharapan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

TAGS