Amanah Sarawak kesal isu pemilikan tanah, perumahan gagal diselesaikan BN

Amanah Sarawak kesal isu pemilikan tanah, perumahan gagal diselesaikan BN

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Barisan Nasional di Sarawak gagal menyelesaikan masalah hak milik tanah dan perumahan rakya tmenjadi kebimbangan besar para pengundi.

Hal ini dimaklumkan Pengarah Pusat Media Amanah Dr Mohamad Johli yang berkata di Muara Tuang

” Di Muara Tuang para pengundi mengadu kerajaan negeri kurang ambil peduli untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang sesuai.

“Masalah pemilikan geran tidak selesai walaupun diperjuangkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

“Kebanyakan calon Amanah yang bertanding mendapat aduan daripada para pengundi yang tidak berpuas hati dengan isu ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kerusi Dun Muara Tuang menjadi tumpuan apabila tiga parti bertanding, BN, Pas dan Amanah masing-masing memperlihatkan keyakinan untuk menawan kawasan tersebut.

Calon Amanah Abang Abdul Halil Abang Nailip akan bertemu dengan calon baharu BN Datuk Idris Buang dan calon Pas Zulkipli Ramzi bagi merebut kerusi itu pada PRN ke-11 yang dijadualkan 7 Mei depan.

TAGS