Amanah sedia beri ruang kepada Bahri

Amanah sedia beri ruang kepada Bahri

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi ruang kepada Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin untuk terus berperanan menangani rasuah dalam negara.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi ruang kepada Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin untuk terus berperanan menangani rasuah dalam negara.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, tindakan Bahri bersara awal kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak dibawa ke mahkamah membenarkan kebimbangan Amanah selama ini.

“Tindakan ini membenarkan segala kebimbangan Amanah betapa perlunya hak pendakwaan diberikan kepada SPRM dan perjuangan ini perlu diteruskan atas nama negara.

“Peranan Datuk Bahri kepada negara tidak semestinya berhenti selepas beliau bersara dari SPRM.

“Amanah ingin menyatakan bahawa kami bersedia memberi ruang kepada Datuk untuk terus berperanan memandangkan kita mempunyai matlamat sama demi negara yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan.

Bahri, 58, yang merupakan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM bersara mulai Jumaat lalu selepas berkhidmat dengan agensi pencegahan rasuah itu sejak lebih 30 tahun lalu.

Bahri menjelaskan kepada media, perjalanan dan kesan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB mendorong beliau memilih bersara awal.

Beliau memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun perdana menteri mendakwa beliau tidak tahu menahu wang itu adalah dari SRC.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Selain beberapa pegawai BOK ditahan polis, Bahri juga diberikan diarahkan berpindah ke Jabatan Perdana Menteri melalui notis serta-merta pada Ogos tahun lalu.

Justeru Amanah merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada Bahri atas sifat dedikasi, wibawa dan komitmen yang telah ditunjukkan beliau sepanjang puluhan tahun berkhidmat untuk negara.

 

TAGS