Amanah Selangor bakal bertanding di lima kerusi Parlimen, 15 Dun

Amanah Selangor bakal bertanding di lima kerusi Parlimen, 15 Dun

Amanah Selangor memutuskan untuk bertanding di lima kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Amanah Selangor memutuskan untuk bertanding di lima kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Pengerusinya, Ir Izham Hashim memberitahu agihan kerusi pada PRU14 ini lebih menumpukan sasaran untuk mencapai peratusan kemenangan yang tinggi berbanding meletakkan banyak calon bertanding tetapi kalah.

“Kita akan pertahankan (kerusi Parlimen) Shah Alam, Kota Raja dan Sepang yang sudah sedia Amanah miliki. Kita juga muktamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat dan Kuala Selangor. Dua kerusi lagi seperti Sungai Besar dan Tanjong Karang, kita boleh bincang dengan parti Bersatu sebab komposisi pengundinya sesuai dengan profil Bersatu.

“Amanah Selangor tidak akan bertanding banyak (kerusi) tapi kita mahu menang banyak iaitu peratusan menang itu tinggi. Kita tidak mahu bertanding 20 (kerusi) tapi menang lima saja.

“Kita mahu bertanding contohnya, 13 menang 12. 80 peratus menang itu lebih efisien,” jelasnya ketika ditemubual Malaysia Dateline di pejabatnya di Shah Alam hari ini.  

Pada masa sama, pihaknya tetap akan meletakkan calon bertanding sekurang-kurangnya di satu Parlimen atau Dun bagi memastikan jentera pilihan raya parti di negeri yang disandang Pakatan Harapan itu berfungsi.

“Walaupun kita rasa di satu-satu kerusi itu susah untuk menang tetapi kita akan meletakkan calon sebab kita mahu Amanah yang hanya ada satu di situ ‘hidup’.

“Contohnya, di Dun Hulu Bernam tak pernah menang (Pas) tapi itu saja Dun yang Amanah ada di Parlimen Hulu Selangor. Namun, kita boleh ganti dengan kawasan yang kita menang sebab nak beri peluang kepada Bersatu.

“Tapi bagi Parlimen yang kita ada dua contohnya di Sabak Bernam – Dun Sungai Air Tawar dan Dun Sabak. Itu boleh salah satu.

“Ada sesetengah kawasan pula Amanah ada satu Parlimen dan satu Dun, kita boleh bincang. Kita mahu pastikan di setiap kawasan sama ada wujud satu Dun atau satu parlimen ada kita bertanding supaya jentera (pilihan raya) hidup,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, jelasnya, pertukaran bagi kerusi tertentu mungkin akan berlaku bergantung pada perbincangan bersama Pakatan Harapan dari semasa ke semasa.

Tiga penjuru

Mengulas tentang pertembungan tiga penjuru atau lebih ekoran sikap Pas yang enggan bermuafakat bersama Pakatan Harapan, Izham berkata, Amanah masih lagi berpotensi untuk menang.

“Kajian saya mendapati kalau berlaku tiga penjuru, Amanah berpeluang menang di kawasan yang kurang 65 peratus pengundi Melayu.

“Tapi kalau komposisi pemilih Melayu lebih tinggi daripada itu, kena kerja lebih kuat lagi untuk menang. Lainlah, kalau satu lawan satu. Itu tiada masalah di Selangor ini.

“Saya telah analisa angka terbaru daripada daftar pemilih. Jika Amanah bertanding di kerusi-kerusi yang Pas juga masuk, kita boleh memang dalam 12 hingga 13 kerusi,” katanya.

Beliau berpendapat, pencapaian itu boleh dianggap cukup baik bagi sebuah parti baharu yang pertama kali menyertai pilihan raya umum.

Ditanya tentang kewujudan Bersatu, Izham menyifatkan kehadiran parti yang dipengerusikan Tun Mahathir itu sedikit sebanyak merungkai sedikit kebuntuan Pakatan Harapan sebelum ini.  

“Sebenarnya seperti pernah disebut Presiden (Mohamad Sabu), kehadiran Bersatu ini satu rahmat. Allah nak bantu ketika kita pening kepala dengan perangai Pas dan muslihat persempadanan semula.

“Sebelum Bersatu muncul, dia (SPR) nak kumpulkan banyak kawasan Melayu. Tapi Allah datangkan pula parti Bersatu. Huru-hara persempadanan ini.

“Saya lihat banyak perubahan sudah dibuat. Dia dah pamerkan yang kedua. Dia ubah suai lagi yang saya percaya impak daripada penubuhan Bersatu,” ujarnya lagi.

TAGS