Amanah Selangor gesa kerajaan negeri jemput SPR beri taklimat persempadanan

Amanah Selangor gesa kerajaan negeri jemput SPR beri taklimat persempadanan

Kerajaan negeri Selangor perlu menjemput pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan taklimat khas berhubung syor persempadanan semula kawasan seperti diumumkan sejak 15 September lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan negeri Selangor perlu menjemput pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan taklimat khas berhubung syor persempadanan semula kawasan seperti diumumkan sejak 15 September lalu.

Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin berkata, langkah tersebut perlu segera dilakukan sebelum berakhirnya tempoh bantahan pada 14 Oktober depan.

“Kerajaan negeri Selangor mesti segera meminta SPR untuk mengemukakan taklimat berkenaan draf persempadanan itu.

“SPR wajib berikan taklimat berkenaan kepada kerajaan negeri. Taklimat itu boleh dibuat sama ada di Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Pejabat Menteri Besar sendiri.

“Saya difahamkan semua kerajaan negeri yang diperintah BN telah mendapat taklimat khas daripada SPR,” ujarnya ketika ditemui pada Sambutan Setahun Parti Amanah Negara (Amanah) di Bakri, Muar, Johor hari ini.

Mengulas lanjut, Jaafar yang berpengalaman selama tiga penggal dalam proses pilihan raya sejak 2004 berkata, taklimat khas berkenaan penting bagi mengelak kerugian pada kerajaan negeri dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Sepatutnya kerajaan negeri berbuat demikian sejak tahun lepas lagi. SPR harus memberi penerangan yang sepatutnya untuk tindakan lanjut di pihak kerajaan negeri.

“Sekarang, walaupun terlambat mesti buat juga taklimat dalam tempoh kurang sebulan ini. Kita khuatir kerajaan negeri sendiri akan rugi nanti jika tidak bertegas,” ujarnya lagi.

TAGS