Amanah sembah tahniah Sultan Kelantan dipilih YDP Agong

Amanah sembah tahniah Sultan Kelantan dipilih YDP Agong

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Wakil tunggal Amanah di Dun Kelantan, Datuk Husam Musa (Amanah – Salor) semalam turut mengambil bahagian dalam menyokong usul sembah tahniah dan junjung kasih atas pemilihan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 13 Disember ini.

Husam yang memetik kisah Nabi Yusuf berkata Yakin semangat mentadbir negara amat perlu memenuhi roh perjalanan pengurusannya drbsgsi seorang muslim yang saleh, komited dengan islam dan diwafatkan sebagai muslim yang diredai Allah.

Beliau berharap pemilihan Sultan Kelantan itu, akan membawa lebih banyak pembangunan di Kelantan termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, pelabuhan Tok Bali di Pasir puteh, dan projek tebatan banjir.

Usul sembah tahnia itu katanya sangat tepat, kerana harapan masyarakat bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh negara menagulu=alukan pemilihinan ini

“Ucapan2-ucapan positif dilihat seluruh negara bukan setakat di kalaangan rakyat beragama Islam tetapi mereka yang bukan islam.

“Negara memerlukan pemimpin yang memberi kerahmatan kepada seluruh rakyat,” katanya.

Khusus dalam konteks Kelantan katanya, seluruh rakyat berasa bahagia, bersyukur dan berharap apabila pemilihan Baginda Sultan Kelantan menjadi Yang Dipertuan Agong akan membantu mengkatkan keupayaan negeri ini dalam persekutuan.

“Ini membolehkan aspirasi-aspirasi rakyat Kelantan dapat diangkat menjadi gagasan negara,” katanya.

Usul yang diluluskan sebulat suara oleh anggota dewan itu, dicadangkan Azami Md Nor (Pas-Kadok) pada persidangan yang berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Beberapa anggota dewan termasuk Datuk Hassan Mohamood (Pas-Tawang) dan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) mengambil bahagian berucap menyokong usul berkenaan.

TAGS