Amanah tubuh 20 pusat peduli rakyat di Selangor

Musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir menyaksikan parti Amanah dan Pas sedaya upaya meraih sokongan di peringkat akar umbi melalui pendekatan berbeza.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir menyaksikan parti Amanah dan Pas sedaya upaya meraih sokongan di peringkat akar umbi melalui pendekatan berbeza.Bagi Amanah khususnya di Selangor, Pusat Peduli Rakyat (PPR) untuk 20 Dewan Undangan Negeri (Dun) serta tujuh kawasan Parlimen dilancarkan serentak hari ini sebagai usaha bersepadu menggembeleng kuasa politik rakyat negeri itu.

Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata, penubuhan PPR berkenaan pada masa sama bagi meneruskan tradisi kepedulian dan keprihatinan rakyat melalui khidmat yang berterusan.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan Pakatan Harapan terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor dan seterusnya menjadi pemangkin kepada usaha mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

“Ia juga bagi memastikan gerak kerja bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan dapat dilaksanakan secara lebih erat dan tersusun dalam usaha memenangi hati rakyat Selangor terutamanya untuk berdepan di dalam PRU14 nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, khidmat pemeriksaan percuma turut dibuka pada pelancaran PPR di Hulu Kelang, Gombak hari ini yang juga dihadiri Adunnya, Saari Sungib.

“Tujuan penubuhan PPR yang dilancarkan di Hulu Kelang, Gombal pada hari ini ialah untuk meyakinkan rakyat Selangor berhubung kelangsungan khidmat kerajaan negeri melalui Amanah Selangor sebagai mewakili kerajaan Pakatan Harapan Selangor secara lebih terancang dan berkesan.

“Kami berdoa agar Allah SWT memberkati usaha kami dan mempermudahkan urusan kami dalam merealisasikan konsep Islam rahmatan lil alamin,” tambah Izham lagi.

Pelancaran Jentera Pilihanraya Pas Kawasan Machang

Sementara itu, Pas pula dilihat ligat mengumpulkan tenaga serta wang dengan pelancaran jentera dan dana pilihan raya di peringkat Kawasan.

Hal ini dapat dilihat pada Facebook Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan apabila Ahli Parlimen Temerloh itu memuatkan beberapa foto program tersebut yang berlangsung di Gopeng dan Machang.

 

 

 

 

TAGS