Amanah tumpu usaha tambah ahli

Amanah tumpu usaha tambah ahli

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parti Amanah Negara (Amanah) diseru menumpukan usaha menambah ahli, meningkatkan penerangan dan membuka cawangan baharu sebelum PRU akan datang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, ahli parti tidak harus terlalu menumpukan kepada perbincangan terhadap perkara-perkara bersifat sepekulasi atau khabar angin yang tidak sahih.

Katanya lagi, ia boleh mengganggu kerja-kerja membina kekuatan parti.

“Saya ingin menyeru kepada seluruh ahli Amanah agar tumpukan perhatian kepada tugas kita yang paling utama sebelum berbincang tentang sebarang spekulasi Pilihan Raya Umum (PRU) atau soal pembahagian kerusi.

“Amanah di seluruh peringkat perlu memaksimumkan penggunaan ahli-ahli Jawatankuasa Nasional, Angkatan Wanita Amanah, Pemuda Amanah dan Wanita Amanah memberi penerangan kepada seluruh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik.

Katanya lagi, penyertaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa perlu digunakan untuk meningkatkan lagi gelombang penyertaan masyarakat ke dalam Amanah.

“Gunakan baki masa yang ada ini untuk kuatkan parti dengan menarik ahli seramai mungkin menyertai Amanah menjelang PRU14 akan datang,” katanya lagi.

TAGS