Amanah ucap tahniah di atas pelantikan Hashim sebagai Mursyidul Am Pas

Amanah ucap tahniah di atas pelantikan Hashim sebagai Mursyidul Am Pas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik pemilihan pucuk pimpinan Pas melantik Ustaz Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata, pelantikan Ustaz Hashim ke jawatan utama dalam organisasi parti itu adalah keputusan yang tepat.

“Beliau memiliki ilmu dan pengetahuan agama yang luas dan pengalaman politik yang panjang.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Hj Hashim di atas perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu.

“Ustaz Hashim adalah seorang daie dan aktivis masyarakat yang kemudiannya berkecimpung dalam bidang politik dan memperjuangkan kesedaran Islam di negara ini.

“Amanah mengucapkan selamat berkhidmat kepada Ustaz Hashim insyaAllah akan memberikan sumbangan, pemikiran dan bimbingan ke arah kekuatan dan dinamisma ummah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah Allahyarham Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu kerana komplikasi jantung, jawatan Mursyidul Am Pas dipangku sementara oleh Datuk Ahmad Yakob.

Pada 9 November lalu, dalam mesyuarat diadakan telah bersetuju melantik Ahmad selaku Timbalan Mursyidul Am Pas manakala Ustaz Hashim Jassin selaku Mursyidul Am Pas.

TAGS