Amanah yakin kepimpinan Azmin  terajui PH Selangor

Amanah yakin kepimpinan Azmin terajui PH Selangor

Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin struktur kepimpinan Pakatan Harapan Selangor yang di pengerusikan oleh Datuk  Seri Azmin Ali akan mampu bergerak sebagai satu pasukan mantap dalam menghadapi PRU14 yang semakin hampir.

Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir menyatakan parti itu menyeru agar Pakatan Harapan Selangor memfokuskan perancangan dan gerak kerja demi menuju kemenangan cemerlang dalam PRU14 akan datang.

Beliau turut merakamkaan setinggi penghargaan kepada semua pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang telah menghadiri Konvensyen AMANAH Selangor Kali Ke 2, di Ampang Selangor, pada 10 September 2017.

{loadposition myposition} Kehadiran pimpinan parti gabungan tidak sekadar memeriahkan acara malah ia telah membuktikan kesatuan kempat-empat parti yang bergabung di dalam Pakatan Harapan di negeri Selangor

“Presiden AMANAH di dalam ucapan perasmiannya telah menyatakan kekaguman dan kegembiraan di atas kejayaan parti-parti gabungan Pakatan Harapan Negeri Selangor yang telah berjaya menggembleng tenaga membentuk struktur kepimpinan Pakatan Harapan di negeri ini.

“Saya juga ingin menarik perhatian semua menerusi kenyataan ini bahawa sesungguhnya semua pandangan-pandangan yang dikemukakan di dalam Konvensyen AMANAH Selangor itu adalah bersifat dalaman parti,” katanya.

CATEGORIES