Ambil kira dua perkara penting sebelum perjanjian kerjasama dapat direalisasikan

Ambil kira dua perkara penting sebelum perjanjian kerjasama dapat direalisasikan

Penggunaan hanya satu logo, manifesto dan calon  akan dicapai sekiranya, Pakatan Harapan, PPBM dan Pas mengambil kira dua perkara penting terlebih dahulu untuk merealisasikannya kata, Penganalisis Geostrategi Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Prof Dr Azmi HassanPenggunaan hanya satu logo, manifesto dan calon  akan dicapai sekiranya, Pakatan Harapan, PPBM dan Pas mengambil kira dua perkara penting terlebih dahulu untuk merealisasikannya kata, Penganalisis Geostrategi Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan.

“Pertama Pas bekerjasama dengan PPBM dan kedua isu pembahagian kerusi mestilah dapat diselesaikan.

“Tetapi mustahil akan berlaku satu lawan satu menentang BN.

“Ini kerana kehadiran  Amanah dan  PPBM dianggap parti junior yang belum terbukti agak sukar mendapat jumlah kerusi yang diharapkan oleh PKR, DAP dan Pas.

“Berdasarkan dua masalah ini yang sukar diselesai maka penggunaan satu logo, satu calon, satu manifesto Pakatan Harapan sukar jadi realiti,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas antara isi kandungan mengenai muafakat kerjasama itu antara Pakatan Harapan dengan PPBM yang dimeterai pada Selasa antaranya adalah hasrat penggunaan satu logo, calon dan manifesto bersama.

Beliau berkata pemeteraian perjanjian kerjasama itu hanya berasaskan kerjasama politik semata-mata.

“Kerjasama itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang diikat dengan perjanjian rasmi.

“Jika PPBM sertai dalam gabungan parti Pakatan Harapan maka tertutup terus pintu kerjasama dengan Pas,” ujarnya.

Dalam sidang media diadakan juga Pengerusi PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan pengharapan dengan termeterainya kerjasama itu, persoalan pembahagian kerusi kepada parti itu akan dapat dipertimbangkan PKR, DAP dan Pas.

Ditanya bagaimana Pas mahu menyelesaikan isu perebutan kerusi tradisinya antara Amanah dan PPBM?

“Isu pembahagian kerusi akan menjadi kritikal kerana hasrat Amanah yang cuba meraih pengundi Pas di semua kerusi tradisi.

“Bagi Pakatan Harapan kaedah terbaik menarik Pas adalah melalui PPBM dan kerana itu juga PPBM hanya memeterai muafakat kerjasama dengan Pakatan Harapan, tidak menyertainya.

“Dengan cara ini juga jika Pas bekerjasama dengan PPBM maka Pas tidak boleh dituduh bersekongkol pula dengan Amanah dan DAP,” jelasnya yang merujuk kepada jalinan kerjasama Umno-Pas mutakhir ini dalam isu-isu umat Islam.

Bahkan tambah beliau lagi walaupun kepimpinan PPBM dikalangan ikon politik Malaysia tetapi pengaruh parti itu masih belum terbukti untuk dilihat mendominasi Pakatan Harapan dan Pas.

“Walaupun Datuk Seri Anwar masih dipenjara agak sukar PPBM jadi dominan dalam Pakatan Harapan dan Pas,” ujarnya yang merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada sabitan liwat yang mana beliau sedang menjalani tempoh lima tahun penjara dan akan dibebaskan pada 2018 kelak.

Pemeteraian perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan PPBM yang diadakan di ibupejabat PKR pada Selasa lalu.

 

 

TAGS